Situasi 1 : Ibu dan anak
Ketika hamil, ibu sukar bergerak dan
berjalan sehingga dia membuat keputusa untuk berhenti kerja.Ketika melahirkan,
betapa seksa dan susahnya ibu melahirkan ,menjaga dan mendidik kita
Situasi 2: Ayah dan anak
Si ayah bersusah payah mengerah keringat
semata-mata untuk mendapat rezeki untuk keluarga.Pulang dari kerja dalam
keadaan basah kuyup ditimpa hujan.Si ayah bersabar menjawab soalan anaknya
berulang – kali “Burung apa, ayah?” Burung murai, nak jawab ayah penuh sabar.
Situasi 3: Ibu danAyah yang sudah tua.
Ibu yang terlantar sakit di katil,di jaga
rapi oleh si anak.Disuapkan makanan dan dihulurkan minuman.Dijaga dan
ditatap dengan penuh kasih sayang.Ayah yang sudah tua mengalami penyakit yang
menyebabkan dia tidak dapat mengawal najis sendiri.Lalu setiap kali makan si
anak meletakkan ayah di tempat berasingan seperti seekor kucing.Ayah yang sudah
nyanyuk ditengking dan herdik. “ Menyusahkan orang saja!
Amalan yang paling dicintai ?
Antara amalan yang paling dicintai Allah
adalah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.Satu tanggungjawab yang kadangkala
kita abaikan.Abdullah bin Mas’ud berkata: “Saya pernah bertanya kepada Nabi
apakah amalan yang paling dicintai Allah.Baginda bersabda : “Berbakti kepada kedua ibu bapa”
Abu
Hurairah
Abu
Hurairah sering mengharapkan ibunya memeluk islam.Berkali-kali dia
mengajak,namun reaksi ibunya tetap negatif.Lalu dia berjumpa dengan Rasulullah
dan meminta Baginda mendoakan agar ibunya memeluk Islam.Baginda mendoakan
ibunya.Selepas itu dia menemui ibunya,lantas di beritahu bahawa ibunya telah
memeluk islam.
Refleksi diri bagaimana kita ?
Bagaimana kita menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik?
Selalukah kita menyakiti hati ibu bapa?Setelah berkeluarga, masih ingatkah
lagi kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita? Ini antara
persoalan - persoalan yang perlu ditanya semula kepada diri kita.
Berbaktilah
kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.Mungkin mereka hidup
kita sering abaikan mereka.
Oleh
itu,usah bertangguh!muhasabahlah diri dan mulakanlah dengan memberikan yang
terbaik kepada kedua-dua ibu bapa sebelum mereka pergi meninggalkan
kita@sebelum kita yang pergi meninggakan mereka.Apa yang perlu kita lakukan?
Memberi perhatian dan kasih sayang
Ibu
bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang dan harta anak.Mereka Cuma mengharapakan
kasih sayang dan perhatian.Antara perkara yang mudah dilakukan ialah
sentiasa menghubungi dan bertanyakan khabar mereka.Percayalah mereka cukup
gembira apabila diberi perhatian & kasih sayang.
Tidak menyakiti hati mereka.
Jangan
sesekali menyakiti hati ibu bapa kerana sekali mereka tergores, ia akan
memberikan kesan yang mendalam.Biarlah kita yang berkorban daripada melihat
mereka bersedih.
Kejayaan sebagai hadiah.
Bagi
yang sedang belajar,hadiahi ibu bapa kerana kita dengan kejayaan.Alangkah
bahagianya mereka tatkala melihat kita berjaya.Bagi yang bekerja pula ,mereka
akan merasa gembira apabila melihat kita dinaikkan pangkat dan semakin berjaya.
Meluangkan masa bersama-sama.
Masa
berkualiti yang diluangkan bersama akan menjadi kenangan terindah buat ibu
bapa.Bagi yang jarang pulang ke kampong,manfaatkanlah sebaik mungkin masa yang
ada setiap kali pulang menziarahi mereka.
Memenuhi permintaan.
Kadangkala
ibu bapa mengharapkan bantuan daripada kita.Berusahalah untuk memenuhi
permintaan mereka walaupun sukar untuk dilakukan.
Berbaktilah selepas mati.
Berbaktilah
kepada ibu bapa tidak hanya terhad hanya ketika mereka masih hidup.Antara
perkara yang boleh dilakukan setelah mereka menghadap ilahi:
-Mendoakan
keampunan untuk mereka.
-Memeperbanyakkan
melakukan amalan soleh dan taat kepada perintah Allah.
-Menziyarahi dan menghubungkan silaturahim dengan saudara-mara dan
rakan-rakan ibu bapa.
Situasi 2: Ayah dan anak
A casino where you can play slots - JT Hub
ReplyDeleteHow to play online 경기도 출장마사지 slots: Play at a 화성 출장안마 casino where you can enjoy the thrill of 전라남도 출장샵 spinning through 상주 출장샵 slot งานออนไลน์ machines. The game is very simple: