Tuesday, May 19, 2015

KISAH BERBAKTI SEBELUM PERGI TAK KEMBALI







Situasi 1 : Ibu dan anak

Ketika hamil, ibu sukar bergerak dan berjalan sehingga dia membuat keputusa untuk berhenti kerja.Ketika melahirkan, betapa seksa dan susahnya ibu melahirkan ,menjaga dan mendidik kita

Situasi 2: Ayah dan anak

Si ayah bersusah payah mengerah keringat semata-mata untuk mendapat rezeki untuk keluarga.Pulang dari kerja dalam keadaan basah kuyup ditimpa hujan.Si ayah bersabar menjawab soalan anaknya berulang – kali “Burung apa, ayah?” Burung murai, nak jawab ayah penuh sabar.

Situasi 3: Ibu danAyah yang sudah tua.

Ibu yang terlantar sakit di katil,di jaga rapi oleh si anak.Disuapkan makanan dan dihulurkan  minuman.Dijaga dan ditatap dengan penuh kasih sayang.Ayah yang sudah tua mengalami penyakit yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal najis sendiri.Lalu setiap kali makan si anak meletakkan ayah di tempat berasingan seperti seekor kucing.Ayah yang sudah nyanyuk ditengking dan herdik. “ Menyusahkan orang saja!

Amalan yang paling dicintai ?

Antara amalan yang paling dicintai Allah adalah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.Satu tanggungjawab yang kadangkala kita abaikan.Abdullah bin Mas’ud berkata: “Saya pernah bertanya kepada Nabi apakah amalan yang paling dicintai Allah.Baginda bersabda : “Berbakti kepada kedua ibu bapa”

 Abu Hurairah

Abu Hurairah sering mengharapkan ibunya memeluk islam.Berkali-kali dia mengajak,namun reaksi ibunya tetap negatif.Lalu dia berjumpa dengan Rasulullah dan meminta Baginda mendoakan agar ibunya memeluk Islam.Baginda mendoakan ibunya.Selepas itu dia menemui ibunya,lantas di beritahu bahawa ibunya telah memeluk islam.

  Refleksi diri bagaimana kita ?

Bagaimana kita menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik? Selalukah kita menyakiti hati ibu bapa?Setelah berkeluarga, masih ingatkah lagi  kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita? Ini antara persoalan - persoalan yang perlu ditanya semula kepada diri kita.
Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.Mungkin mereka hidup kita sering abaikan mereka.
Oleh itu,usah bertangguh!muhasabahlah diri dan mulakanlah dengan memberikan yang terbaik kepada kedua-dua ibu bapa sebelum mereka pergi meninggalkan kita@sebelum kita yang pergi meninggakan mereka.Apa yang perlu kita lakukan?

Memberi perhatian dan kasih sayang

Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang dan harta anak.Mereka Cuma mengharapakan kasih sayang dan perhatian.Antara perkara yang mudah dilakukan ialah sentiasa menghubungi dan bertanyakan khabar mereka.Percayalah mereka cukup gembira apabila diberi perhatian & kasih sayang.

Tidak menyakiti hati mereka.

Jangan sesekali menyakiti hati ibu bapa kerana sekali mereka tergores, ia akan memberikan kesan yang mendalam.Biarlah kita yang berkorban daripada melihat mereka bersedih.

Kejayaan sebagai hadiah.

Bagi yang sedang belajar,hadiahi ibu bapa kerana kita dengan kejayaan.Alangkah bahagianya mereka tatkala melihat kita berjaya.Bagi yang bekerja pula ,mereka akan merasa gembira apabila melihat kita dinaikkan pangkat dan semakin berjaya.

Meluangkan masa bersama-sama.

Masa berkualiti yang diluangkan bersama akan menjadi kenangan terindah buat ibu bapa.Bagi yang jarang pulang ke kampong,manfaatkanlah sebaik mungkin masa yang ada setiap kali pulang menziarahi mereka.

Memenuhi permintaan.

Kadangkala ibu bapa mengharapkan bantuan daripada kita.Berusahalah untuk memenuhi permintaan mereka walaupun sukar untuk dilakukan.

Berbaktilah selepas mati.

Berbaktilah kepada ibu bapa tidak hanya terhad hanya ketika mereka masih hidup.Antara perkara yang boleh dilakukan setelah mereka menghadap ilahi:
-Mendoakan keampunan untuk mereka.
-Memeperbanyakkan melakukan  amalan soleh dan taat kepada perintah Allah.
-Menziyarahi dan menghubungkan silaturahim dengan saudara-mara dan rakan-rakan ibu bapa.





1 comment:

  1. A casino where you can play slots - JT Hub
    How to play online 경기도 출장마사지 slots: Play at a 화성 출장안마 casino where you can enjoy the thrill of 전라남도 출장샵 spinning through 상주 출장샵 slot งานออนไลน์ machines. The game is very simple:

    ReplyDelete